Saturday, December 19, 2015

SEMINAR AMALAN TERBAIK SAINS DAN MATEMATIK 2015

Pada 21hb Oktober yg lalu,sy telah mewakili guru-guru Sains dan Matematik SMKTBR1 ke SEMINAR AMALAN TERBAIK SAINS DAN MATEMATIK NEGERI SELANGOR bertempat di Dewan Jubli Perak,Bangunan SUK Shah Alam.Seminar ini dianjurkan oleh JPNS dan Persatuan Sains dan Matematik Selangor mengumpulkan semua guru-guru Sains dan Matematik (1 sekolah hantar seorang guru Sains dan seorang guru Matematik.

Dalam seminar yang berlangsung selama sehari ini,terdapat beberapa slot pembentangan kajian/projek daripada pengetua/guru cemerlang. Antaranya ialah guru dari SMK Rawang yang memperkenalkan teknik AMOI yang digunakan untuk mengingat bentuk2 graf.


Pembentangan lain yang tidak kurang menarik perhatian saya ialah teknik penggunaan plastik Transparent untuk tujuan pemetaan (reflection, translation, rotation dll). Dengan hanya berharga rm2, alat ini seharusnya dimilik oleh para pelajar kerana sangat mudah digunakan.


PEMBENTANGAN KUMPULAN

Pada 24hb Oktober yang lalu, kumpulan kami telah membentangkan tugasan isu ke 4 iaitu isu bahasa pengantar. Mengaplikasikan pembelajaran kelas abad ke 21, kumpulan kami telah menjalankan beberapa aktiviti melibatkan pelajar yang biasa digunakan dalam kelas abad ke 21. Dengan ini, secara tidak langsung mendedahkan kepada guru cara atau idea untuk menjalankan PdP kelas abad ke 21. Beberapa gambar semasa aktiviti pembentangan saya kongsikan di bawah.Semoga perkongsian ini dapat memberi idea baru kepada rakan-rakan guru...;)


Friday, December 18, 2015

Program transformasi daerah (DTP)


Program transformasi daerah (DTP) adalah merupakan salah satu inisiatif utama untuk Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan empat perkara:
- Disiplin pemantauan, penyelesaian masalah, dan pengambilan tindakan.Menambat akses, kualiti, dan ekuiti
- Memberi sokongan kepada organisasi yang paling memerlukan
- Mengupaya kepimpinan tempatan.
- Pertukaran peranan JPN dan PPD memberi tumpuan dalam memberi sokongan kepada sekolah dalam Daerah.

Sokongan dan intervensi yang menjurus kepada sekolah didorong oleh daerah dan didaya oleh negeri dan ranking baru memberi tumpuan (dari JPN hingga ke sekolah) kepada KPI terpenting pencapaian di semua peringkat memastikan sekolah, daerah dan negeri boleh mencapai sasaran.

Wednesday, December 16, 2015

PdP ABAD KE 21

Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikanyang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan. Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti “chalk and talk” semata-mata kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa. Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini memerlukan guru yang kreatif, koperatif dan kolaboratif semasa mengajar sesuai dengan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 iaitu komunikasi, kolaborasi, kemahiran kritis dan kreativiti.


Kaedah pengajaran kolaboratif dikenal pasti memenuhi ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran berasakan projek, pembelajaran berasaskan masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran berasaskan modul. Menerusi kaedah-kaedah ini, komunikasi dan interaksi antara guru dan murid dan interaksi antara murid dan murid serta murid dengan bahan membantu murid membina pengetahuan dan meneroka pengetahuan yang diperolehi. Oleh itu, guru perlu mahir dan berketerampilan dalam pedagogi abad ke-21 ke arah merealisasikan hasrat KPM. Peranan guru di dalam proses PdP adalah sebagai fasilitator dan pembelajaran adalah berpusatkan murid.



Wednesday, October 28, 2015

BEBANAN KERJA GURU

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.
Entry kali ni saya ingin menyentuh mengenai bebanan kerja guru.Isu bebanan kerja guru sememangnya isu yang lama dan terus berlanjutan.Tiada kesudahan sehingga ke hari ini..malah kerja guru-guru semakin bertambah-tambah. Tugas guru sepatutnya hanya berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah sahaja, namun amat menyedihkan apabila guru dibebani kerja-kerja/tugas pengkeranian di sekolah. Urusan kelas, urusan data, kokurikulum, SPBT, kesihatan, disiplin dan bermacam-macam lagi.


Pihak kementerian pula, apabila diterjah dengan persoalan mengenai isu beban kerja guru, jawapan selamat mereka ialah 'Bebanan kerja guru sedang dikaji'. Sampai bila hendak dikaji?? Dah terbukti bebanan kerja-kerja guru mengganggu fokus guru-guru dalam melaksanakan tugas PdP di sekolah.


Sejauh mana kebenaran pernyataan akhbar ini?? Hanya guru yang tahu. Kami sehingga kini belum menerima pembantu guru malah bebanan kerja pengekeranian terus bertambah dengan segala jenis 'e' online. semoga nasib kami sebagai guru terbela dan diberi perhatian.



Wednesday, October 14, 2015

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera....
Setelah berhempas pulas menyiapkan soalan peperiksaan akhir tahun bagi mata pelajaran Sains Tingkatan 1, barulah saya didedahkan dengan contoh-contoh soalan KBAT. KBAT yang diperkenalkan oleh KPM Nbertujuan untuk menguji keupayaan pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah.

Soalan-soalan KBAT menguji kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Jawapan bagi soalan KBAT mempunyai skop yang luas dan tidak terhad kepada fakta tertentu sahaja. Oleh itu, pelajar tidak hanya bergantung kepada aktiviti mengahafal nota semata-mata tetapi menggunakan ilmu yang dipelajari untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Entri seterusnya saya akan membincangkan KBAT secara terperinci dengan sokongan serta pendapat pengkaji yang lain. secara ringkasnya, saya sangat menyokong konsep soalan KBAT ini supaya pelajar dilatih untuk berfikir secara kreatif sesuai dengan perkembangan zaman teknologi sekarang.


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PT3 2015

Pentaksiran Tingkatan Tiga atau diperkenalkan dengan nama singkatannya PT3, merupakan sebuah pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid pada peringkat menengah rendah.PT3 ialah sebuah penilaian yang digunakan untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR)yang telah dijalankan sejak tahun 1993. Pentaksiran ini mencakupi skop sukatan pelajaran dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran berkenaan.

Namun, terdapat beberapa isu yang timbul berkaitan Pentaksiran Tingkatan Tiga. PT3 diumumkan dalam keadaan yang agak tergesa, iaitu dalam tempoh beberapa bulan sebelum pentaksiran itu dijalankan buat pertama kalinya pada tahun 2014 bermula bulan Julai sehingga bulan Oktober pada tahun yang sama. Berlaku kecelaruan format pentaksiran dan guru-guru masih terpinga-pinga kerana kurangnya pendedahan yang mencukupi. apatah lagi bagi pelajar yang seperti "tikus makmal" iaitu bahan eksperimen pihak-pihak tertentu.

Terdapat empat ujian yang hendak dilakukan oleh calon-calon iaitu kajian kes untuk mata pelajaran Geografi dan Sejarah, ujian lisan bertutur dan ujian mendengar untuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, serta ujian bertulis untuk mata pelajaran selanjutnya.

Semoga tahun kedua PT3 ini berjalan dengan lancar. Selamat Maju Jaya !!