Monday, September 21, 2015

SINOPSIS KURSUS

Isu-isu kontemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara.

Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan. Kursus ini juga akan mendedahkan pelajar kepada isu-isu dan trend di dalam pendidikan matematik.

Penilaian kursus:
• Pembentangan isu (30%)
• Penulisan isu pembentangan (10%)
• Pembangunan Blog (30%)
• Penulisan Kertas Projek (30%)

Penyampaian:
•Perbincangan, aktiviti internet-based, pendekatan PBL, pembentangan pelajar, persembahan pelajaran dengan berpandukan rumusan dan input pensyarah.


Sunday, September 20, 2015

PENGENALAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Blog ini diwujudkan untuk memenuhi keperluan kursus SME 6044: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik bagi program Ijazah Sarjana Pendidikan (Matematik) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). DI bawah bimbingan pensyarah berkaliber Fakulti Sains dan Matematik iaitu YM Pn. Raja Lailatul Zuraida Raja Maa'mor Shah, diharap blog ini akan membangun dengan lebih pantas untuk memberi input-input terkini mengenai isu-isu kontemporari dalam pendidikan Matematik di Malaysia.

Selain itu, blog ini juga akan membincangkan dan berkongsi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia khususnya dalam bidang Matematik. Isu-isu kontemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan.

Segala komen yang diberikan dialu-alukan untuk saya memperbaiki segala kelemahan yang ada disamping kita saling bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu kontemporari pendidikan Matematik di Malaysia.