Wednesday, October 28, 2015

BEBANAN KERJA GURU

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.
Entry kali ni saya ingin menyentuh mengenai bebanan kerja guru.Isu bebanan kerja guru sememangnya isu yang lama dan terus berlanjutan.Tiada kesudahan sehingga ke hari ini..malah kerja guru-guru semakin bertambah-tambah. Tugas guru sepatutnya hanya berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah sahaja, namun amat menyedihkan apabila guru dibebani kerja-kerja/tugas pengkeranian di sekolah. Urusan kelas, urusan data, kokurikulum, SPBT, kesihatan, disiplin dan bermacam-macam lagi.


Pihak kementerian pula, apabila diterjah dengan persoalan mengenai isu beban kerja guru, jawapan selamat mereka ialah 'Bebanan kerja guru sedang dikaji'. Sampai bila hendak dikaji?? Dah terbukti bebanan kerja-kerja guru mengganggu fokus guru-guru dalam melaksanakan tugas PdP di sekolah.


Sejauh mana kebenaran pernyataan akhbar ini?? Hanya guru yang tahu. Kami sehingga kini belum menerima pembantu guru malah bebanan kerja pengekeranian terus bertambah dengan segala jenis 'e' online. semoga nasib kami sebagai guru terbela dan diberi perhatian.



Wednesday, October 14, 2015

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera....
Setelah berhempas pulas menyiapkan soalan peperiksaan akhir tahun bagi mata pelajaran Sains Tingkatan 1, barulah saya didedahkan dengan contoh-contoh soalan KBAT. KBAT yang diperkenalkan oleh KPM Nbertujuan untuk menguji keupayaan pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah.

Soalan-soalan KBAT menguji kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Jawapan bagi soalan KBAT mempunyai skop yang luas dan tidak terhad kepada fakta tertentu sahaja. Oleh itu, pelajar tidak hanya bergantung kepada aktiviti mengahafal nota semata-mata tetapi menggunakan ilmu yang dipelajari untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Entri seterusnya saya akan membincangkan KBAT secara terperinci dengan sokongan serta pendapat pengkaji yang lain. secara ringkasnya, saya sangat menyokong konsep soalan KBAT ini supaya pelajar dilatih untuk berfikir secara kreatif sesuai dengan perkembangan zaman teknologi sekarang.


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PT3 2015

Pentaksiran Tingkatan Tiga atau diperkenalkan dengan nama singkatannya PT3, merupakan sebuah pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid pada peringkat menengah rendah.PT3 ialah sebuah penilaian yang digunakan untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR)yang telah dijalankan sejak tahun 1993. Pentaksiran ini mencakupi skop sukatan pelajaran dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran berkenaan.

Namun, terdapat beberapa isu yang timbul berkaitan Pentaksiran Tingkatan Tiga. PT3 diumumkan dalam keadaan yang agak tergesa, iaitu dalam tempoh beberapa bulan sebelum pentaksiran itu dijalankan buat pertama kalinya pada tahun 2014 bermula bulan Julai sehingga bulan Oktober pada tahun yang sama. Berlaku kecelaruan format pentaksiran dan guru-guru masih terpinga-pinga kerana kurangnya pendedahan yang mencukupi. apatah lagi bagi pelajar yang seperti "tikus makmal" iaitu bahan eksperimen pihak-pihak tertentu.

Terdapat empat ujian yang hendak dilakukan oleh calon-calon iaitu kajian kes untuk mata pelajaran Geografi dan Sejarah, ujian lisan bertutur dan ujian mendengar untuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, serta ujian bertulis untuk mata pelajaran selanjutnya.

Semoga tahun kedua PT3 ini berjalan dengan lancar. Selamat Maju Jaya !!