Standard Pengajaran Profesional juga didefinisikan sebagai satu rujukan utama bagi bidang tugas seorang guru di mana ia menerangkan tentang apa yang guru boleh lakukan serta menyediakan hala tuju dan struktur untuk menyokong penyediaan dan pembangunan guru (laman sesawang NSW Institute of Teachers, 2005).
Dalam usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti, model Standard Guru Malaysia (SGM) telah dilancarkan pada 16 Mei 2009 sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan. Model SGM adalah suatu standard yang dapat menjadi penanda aras bagi para guru dan bakal guru di Malaysia.
Walaupun dengan kewujudan SGM, masih terdapat isu-isu berkaitan Standard Pengajaran Profesional ini yang meniti di dada-dada akhbar malah dalam kalangan pendidik sendiri. Hakikatnya, ternyata mengaplikasi SGM sahaja tidak cukup untuk menghasilkan guru yang berkualiti kerana pada diri pendidik itu sendiri masih terdapat perkara yang menghalang mereka untuk mencapai tahap profesional. Terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan Standard Pengajaran Profesional yang akan dikupas iaitu isu disiplin guru, isu ketidaksediaan guru dengan perubahan sistem pendidikan, isu guru mengajar subjek yang bukan opsyen, isu kerjaya guru sebagai kerjaya pilihan terakhir serta isu lambakan pusat tuisyen yang menggugat peranan guru.
No comments:
Post a Comment