Isu 2- Jurang Pencapaian Matematik Pelajar



Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jurang memberi maksud sebagai lurah. Jika difikirkan secara logik akal, lurah ini merupakan tempat yang mempunyai curam yang dalam serta memisahkan kawasan. Maksud lain bagi jurang ini berdasarkan Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat pula ialah perbezaan yang memisahkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Jurang pencapaian bermaksud perbezaan keputusan peperiksaan Matematik sama ada peperiksaan PT3 mahupun SPM yang diperolehi oleh pelajar. Pencapaian bermaksud apa yang telah dicapai atau prestasi.


Pencapaian matematik setiap murid adalah berbeza bergantung kepada beberapa faktor. Empat faktor yang menyebabkan berlakunya jurang pencapaian matematik dikupas dari aspek lokaliti, gender, sosial dan budaya. Keempat-empat faktor ini dilihat menjadi penyumbang utama kepada perbezaan pencapaian murid.

- ASPEK LOKALITI
lokaliti ini boleh dipecahkan kepada bandar dan luar bandar. Jurang pencapaian pelajar dalam Matematik ini berlaku dari aspek lokaliti berdasarkan faktor penempatan iaitu bandar dan luar bandar.


- ASPEK GENDER
Gender merujuk kepada jantina murid iaitu lelaki dan perempuan. Perbezaan pencapaian antara jantina mula diberi perhatian bermula pada 1970-an lagi apabila pencapaian rendah murid perempuan diketengahkan manakala sejak pertengahan 1990-an apabila pencapaian rendah pelajar lelaki mula diperkatakan. Jurang perbezaan pencapaian antara murid lelaki dan perempuan berterusan hingga kini dan menjadi fenomena menyeluruh.


- ASPEK SOSIAL
Faktor sosial boleh dilihat dari aspek sosio ekonomi, persekitaran, konsep kendiri dan komunikasi.
Status sosio ekonomi mempunyai hubung kait dengan pencapaian akademik dan proses pembelajaran.

- ASPEK BUDAYA
Mohd Salleh (1997), menyatakan bahawa budaya ialah kelakuan manusia berdasarkan kelompok-kelompok tertentu yang merangkumi dari aspek pemikiran, sikap, kepercayaan dan tindakan kebiasaan yang mengambarkan cara hidup mereka.

No comments:

Post a Comment