Pada era globalisasi dan
perkembangan teknologi pada hari, bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam
mengikuti arus perkembangan tersebut. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) banyak
memberi sumbangan dalam dunia pendidikan pada alaf ini. Sebagai guru yang
berdepan dengan ledakan maklumat dalam dunia tanpa sempadan ini kita perlu
melangkah selari dengan kemajuan dan kecanggihan ilmu serta teknologi sebagai
langkah awal demi menggalas amanah dan tanggungjawab terhadap bangsa dalam
membina negara bangsa yang mampu berdiri gah di persada dunia. Penguasaan ICT
dapat membantu guru menghadapi ranjau dan cabaran dalam dunia pendidikan dan
bertindak tepat dengan kehendak semasa. Fungsi guru sebagai egen perubahan
sosial dapat memenuhi permintaan masyarakat setempat melalui ilmu dan kemahiran
yang dimiliki seterusnya menjadi rujukan dan idola dalam masyarakat. 
Kemahiran
guru dalam bidang ICT dapat membantu pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran
dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi pelajar sekaligus
dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini secara tidak langsung dapat
melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yang
digarapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Tanggungjawab
ini sememangnya terpikul atas bahu para guru yang komited dengan tugas serta
bersedia dan sanggup menerima perubahan mengikut peredaran masa. Semua ini menuntut
pengorbanan yang besar dari kalangan guru-guru untuk terus menambah ilmu dan
kemahiran, bertepatan dan bersesuaian dengan konsep pembelajaran sepanjang
hayat. 
ISU-ISU
BERKAITAN   TEKNOLOGI                        
                   FAKTOR
GURU                                                                               
                   FAKTOR
SEKOLAH                                                                        
                   PRASARANA
DAN BAHAN SOKONGAN                                                            
                   JURANG
ICT DAN DIGITAL                                                                    
                   PENYALAHGUNAAN
MAKMAL KOMPUTER                              
                        DAN INTERNET PERCUMA                                    
Harapan Negara untuk melahirkan
modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan pasaran pada masa
depan boleh dicapai melalui kurikulum pembelajaran berkaitan teknologi maklumat
dan komunikasi yang sentiasa dikemas kini. Justeru itu, sebagai pengguna yang
bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat ini. Penggunaan
ICT dalam pembelajaran adalah prasyarat bagi Malaysia untuk menjadi Negara yang
berpendapatan tinggi. Namun, kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia
perlu berusaha mengatasi masalah-masalah yang timbul bagi menyediakan suasana
pembelajaran berteraskan teknologi maklumat dengan berkesan.
 
No comments:
Post a Comment