Isu-isu kontemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur  pendidikan matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. 
Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah matematik, konsep bilik darjah dan  proses pengajaran dan pembelajaran  akan dibincangkan. Kursus ini juga akan mendedahkan pelajar kepada isu-isu dan trend di dalam pendidikan matematik. 
Penilaian kursus:
• Pembentangan isu (30%)
• Penulisan isu pembentangan (10%)
• Pembangunan Blog (30%) 
• Penulisan Kertas Projek (30%)
Penyampaian: 
•Perbincangan, aktiviti internet-based, pendekatan PBL, pembentangan pelajar, persembahan pelajaran dengan berpandukan rumusan dan input pensyarah.

 
No comments:
Post a Comment