Wednesday, October 14, 2015

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PT3 2015

Pentaksiran Tingkatan Tiga atau diperkenalkan dengan nama singkatannya PT3, merupakan sebuah pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid pada peringkat menengah rendah.PT3 ialah sebuah penilaian yang digunakan untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR)yang telah dijalankan sejak tahun 1993. Pentaksiran ini mencakupi skop sukatan pelajaran dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran berkenaan.

Namun, terdapat beberapa isu yang timbul berkaitan Pentaksiran Tingkatan Tiga. PT3 diumumkan dalam keadaan yang agak tergesa, iaitu dalam tempoh beberapa bulan sebelum pentaksiran itu dijalankan buat pertama kalinya pada tahun 2014 bermula bulan Julai sehingga bulan Oktober pada tahun yang sama. Berlaku kecelaruan format pentaksiran dan guru-guru masih terpinga-pinga kerana kurangnya pendedahan yang mencukupi. apatah lagi bagi pelajar yang seperti "tikus makmal" iaitu bahan eksperimen pihak-pihak tertentu.

Terdapat empat ujian yang hendak dilakukan oleh calon-calon iaitu kajian kes untuk mata pelajaran Geografi dan Sejarah, ujian lisan bertutur dan ujian mendengar untuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, serta ujian bertulis untuk mata pelajaran selanjutnya.

Semoga tahun kedua PT3 ini berjalan dengan lancar. Selamat Maju Jaya !!

No comments:

Post a Comment