Wednesday, December 16, 2015

PdP ABAD KE 21

Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikanyang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan. Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti “chalk and talk” semata-mata kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa. Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini memerlukan guru yang kreatif, koperatif dan kolaboratif semasa mengajar sesuai dengan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 iaitu komunikasi, kolaborasi, kemahiran kritis dan kreativiti.


Kaedah pengajaran kolaboratif dikenal pasti memenuhi ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran berasakan projek, pembelajaran berasaskan masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran berasaskan modul. Menerusi kaedah-kaedah ini, komunikasi dan interaksi antara guru dan murid dan interaksi antara murid dan murid serta murid dengan bahan membantu murid membina pengetahuan dan meneroka pengetahuan yang diperolehi. Oleh itu, guru perlu mahir dan berketerampilan dalam pedagogi abad ke-21 ke arah merealisasikan hasrat KPM. Peranan guru di dalam proses PdP adalah sebagai fasilitator dan pembelajaran adalah berpusatkan murid.



No comments:

Post a Comment