Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan yang bersesuaian untuk digunakan. Namun, kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru hanyalah ke arah menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Apa yang terjadi adalah proses pembelajaran hanya berlaku secara dasar sahaja. Tidak mementingkan pemahaman pelajar samada benar-benar menguasai kemahiran atau pun tidak.
Adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar konteks sebenar. Ingatan dan kefahaman konsep memainkan peranan yang utama di dalam pendidikan Matematik bagi meningkatkan prestasi diri pelajar. Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk adalah jauh ketinggalan dalam menjelaskan konsep-konsep yang abstrak. Oleh itu, pendekatan pengajaran menggunakan peta pemikiran ‘i THINK’ ini dapat digunakan untuk meningkatkan daya ingatan pelajar dan menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan sesuatu alat bantu dalam pengajaran dapat memperbaiki amalan pengajaran guru.
Penggunaan Peta Pemikiran i-Think merupakan satu alternatif dalam pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (PdP) Matematik. Amalan PdP yang sebegini dapat menyediakan peluang pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. Dengan cara ini, pelajar akan menerima sesuatu pembaharuan yang akan mewujudkan persekitaran interaktif. 80% daripada maklumat yang diterima oleh otak adalah dalam bentuk visual. 40% daripada saraf gentian dalam badan yang disambung ke bahagian otak adalah dihubungkan dengan retina. 36,000 mesej dalam bentuk visual dapat diterima oleh mata dalam masa satu jam. Sehubungan itu, peta pemikiran adalah sesuai digunakan bagi penerimaan maklumat dengan sewajarnya.
Terdapat 8 peta i-Think iaitu Peta Bulatan, Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta Alir, Peta Titi, Peta Pokok, Peta Pelbagai Alir dan Peta Dakap.
No comments:
Post a Comment