Tuesday, December 22, 2015

PENGAJARAN MAYA VLE FROG

Sistem ini merupakan antara aplikasi teknologi yang terbaru yang diguna pakai di semua sekolah di seluruh negara. VLE-Frog adalah singkatan daripada istilah Virtual Learning Environment iaitu pembelajaran secara maya yang dibangunkan oleh pihak KPM dengan kerjasama YES. Sehingga kini, VLE-Frog digunakan secara meluas oleh guru dan pelajar di mana akses ke aplikasi ini boleh dilakukan dimana-mana secara atas talian.
VLE Frog adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.


Melalui sistem VLE Frog ini,pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah sahaja sebaliknya boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa. Sistem ini membenarkan pelajar dan guru untuk menghasilkan dan mengakses sebuah tapak pembelajaran secara dalam talian. Ia membolehkan mereka memperoleh hampir semua maklumat di internet seperti video, gambar, sumber pendidikan dan membinanya menjadi sebuah laman yang menarik tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Melalui VLE-Frog, guru boleh menjalankan pentaksiran atas talian iaitu dengan membina soalan di laman tersebut dan memuat naik kepada pelajar. Pelajar akan mengakses dan memuat turun soalan, nota atau latihan yang diberikan guru. Sistem ini merupakan satu alternatif lain dengan tujuan pengintegrasian teknologi dapat dimaksimakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

VLE Frog juga menggunakan platform Google Cloud yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai aplikasi Google seperti Google Email, Google Drive dan sebagainya.Pada masa yang sama,platform itu juga menawarkan bahan pengajaran berkualiti secara percuma seperti Khan Academy, Ted Education, National Georgaphic dan British Council selain apa yang disediakan oleh KPM.Ini akan memberi kelebihan kepada para guru untuk mencari bahan-bahan pengajaran yang sesuai dengan minat dan kemampuan pelajar mereka.Pada masa sama, guru-guru juga boleh menghasilkan bahan pengajaran sendiri dan berkongsi bersama guru lain di sekolah atau di seluruh negara.



Sumber: Kosmo Online









2 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu Nur Baini, boleh tak bagi source gambarajah VLE tu? saya nak gunakan untuk kajian saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://bestariproject.blogspot.my/2015/04/frog-vle-untuk-guru-konsep-kedua.html?m=1

      Delete